Monday, November 22, 2010

MUKADIMAH


NEGARA?

     Negara didiefinisikan sebagai wilayah yang mempunyai penduduk dan sempadan serta pemerintahan yang berkesan. Malaysia merupakan sebuah Negara yang terdiri Semananjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

    NEGARA MALAYSIA

    MALAYSIA merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni.  Antara tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

    APA ITU PERPADUAN?

     Perpaduan adalah satu proses yang menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi sesebuah negara supaya setiap anggota masyarakatnya dapat membentuk satu identiti yang terserlah dan mengamalkan nilai-nilai murni serta menunjuk dan mengamalkan satu perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka. Perpaduan juga merupakan tunggak yang penting kepada sesebuah negara. 


NEGARA MALAYSIA MENGAMALKAN PERPADUAN KAUM!


    SIAPAKAH ITU REMAJA?

    Pakar psikolog mengatakan batasan remaja menurut usia kronologis, iaitu antara 13 hingga 18 tahun. Thornburgh (pakar psikologi) membagikan usia remaja kepada 3 kategori iaitu:



    1.    Remaja awal                   :           antara 11 hingga 13 tahun                                       2.    Remaja pertengahan     :           antara 14 hingga 16 tahun
    3.    Remaja akhir                  :           antara 17 hingga 19 tahun.


SEKELOMPOK REMAJA

Tugas-tugas Seseorang Remaja


1.    Mencapai hubungan yang baru 
2.    Mencapai peranan sosial maskulin dan feminin
3.    Menerima keadaan fizikal dan dapat memgunakannya secara efektif
4.    Mencapai kemandirian secara emosional dari orang tua dan orang dewasa 
5.    Mencapai kepastian untuk mandiri secara ekonomi
6.    Memilih kerjaya dan mempersiapkan diri untuk alam bekerja
7.    Mempersiapkan diri untuk memasuki alam perkawinan dan kehidupan keluarga
8.    Mengembangkan kemampuan dan konsep-konsep intelektual untuk mercapai kompetensi sebagai warga negara
9.    Mengingin dan mencapai perilaku yang dapat dipertanggungjawabkan secara sosial
10. Memperoleh rangkaian sistem nilai dan etika sebagai pedoman perilaku