KARYA REMAJA

KARYA-KARYA REMAJA YANG MENYIFATKAN PERPADUAN KAUM KHUSUSNYA TEMA 1 MALAYSIA.

KARYA 1 (Azhar Saleh Bin Mohhamad Tazim)
CARA-CARA MEMUPUK PERPADUAN KAUM

Perpaduan negara merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya, dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus serta dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Sejak merdeka sehinggalah mutakhir ini, pelbagai usaha telah dilaksanakan yang bertujuan mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Di Malaysia, penghayatan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat mampu melahirkan masyarakat Malaysia bersatu padu dalam pelbagai aspek.


Meninjau kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, telah memberikan penekanan kepada sistem persekolahan yang sama; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan kurikulum sekolah yang sama dan bercorak kebangsaan. Jelaslah bahawa sistem pendidikan ialah satu kaedah untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan kaum. Selain itu, penekanan kepada sikap berbangga menjadi warganegara Malaysia perlu diterapkan dalam jiwa pelajar. Hal ini boleh dilakukan melalui pelbagai pertandingan, sambutan bulan kemerdekaan, dan hari patriotik.


Dalam situasi sekolah, memupuk semangat muhibah dan semangat toleransi antara kaum sangat penting. Hal ini dapat membantu menimbulkan perpaduan kaum serta membolehkan mereka berinteraksi sesama mereka. Setiap subjek yang diajarkan di sekolah juga harus menitikberatkan aspek-aspek pendidikan yang harmonis. Nilai-nilai rohani dan budaya bersama perlu diberikan keutamaan dalam setiap subjek. Maka, semangat perpaduan perlu merentasi kurikulum untuk membentuk dan menguatkan peribadi dan moral para pelajar.

Penubuhan sekolah wawasan yang menggabungkan ketiga-tiga buah sekolah rendah, iaitu SK, SJK (C), dan SJK(T) dalam satu kawasan mampu membentuk pelajar yang bertoleransi. Pelajar akan menggunakan segala kemudahan yang ada seperti padang, kantin, dan perpustakaan secara bersama-sama. Pelajar sekolah rendah akan bergaul secara langsung apabila mereka bersukan, makan di kantin, dan semasa mengadakan hari terbuka sekolah. Oleh itu, pemupukan semangat perpaduan dapat ditanam dan disemai pada peringkat awal usia pelajar lagi.


Perpaduan boleh diterapkan melalui aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti sukan, kelab, dan persatuan, dan ceramah haruslah dipergiat dan dipertingkatkan. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan, dan badan beruniform. Jelaslah bahawa usaha yang diambil bagi mengukuhkan perpaduan dan integrasi perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat, termasuklah pelajar.

KARYA 2 (Lochana a/p Palraju)
LANGKAH-LANGKAH MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM

Perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu diperkukuh dan dipertahankan. Terdapat pelbagai langkah yang wajar dilaksanakan untuk memastikan perpaduan kaum di negara ini terus utuh. 


Langkah pertama adalah seseorang itu sendiri perlu memiiliki kesedaran tentang kepentingan unsure perpaduan. Maka, seseorang perlu berusaha untuk merapatkan hubungan dengan kaum-kaum lain. Perkara ini dapat di laksanakan melalui pergaulan dengan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama serta latar belakang masyarakat.


Seterusnya adalah peranan ibu-bapa. Keluarga perlu memainkan peranan penting dalam memastikan nilai perpaduan kaum dapat dipupuk dari kecil lagi. Ibu-bapa perlu berusaha untuk membentuk keluarga yang berfikiran sihat dan rasional. Ibu-paba juga perlu memberikan galakan dan dorongan kepada anak-anak tentang pentingnya bergaul dengan semua lapisan masyarakat.


Masyarakat juga perlu memainkan peranan penting dalam memastikan perpaduan yang dibina oleh keluarga dapat diteruskan. Masyarakat perlu mengadakan pelbagai kegiatan yang dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum seperti gotong-royong dan hari keluarga. Melalui ini, sikap toleransi dan saling memahami antara satu sama lain dapat dipupuk. Selain ini, kita juga dapat mengelakkan sikap prejudis dan dapat menghormati hak dan keperluian kaum-kaum lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan kontrak sosial.


Kesimpulanya, marilah kita sama-sama menghayati dan mengamalkan perpaduan kaum.

      
KARYA 3 (Sim Siew Lee)
SAMBUTAN KEMERDEKAAN MELAHIRKAN UNSUR PERPADUAN


Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Panel Hakim yang bijaksana, yang dihormati Tuan Guru Besar, guru-guru dan murid-murid sekalian. Tajuk syarahan pada petang ini ialah, 'Sambutan  Hari Kemerdekaan Mampu Mewujudkan Perpaduan Kaum'.

Para hadirin yang dihormati,

Rakyat Malaysia yang berbilang kaum menyambut hari kemerdekaan pada 31 ogos. Kita sedia maklum, pada hari yang mulia itu adalah cuti umum. Cuti umum itu bukan sahaja untuk berehat. Cuti itu mempunyai matlamat yang lebih jauh daripada itu. Sebenarnya cuti ini membawa semua lapisan masyarakat ke sambutan hari kemerderkaan. Mereka berkunjung beramai-ramai hanya untuk melihat upacara sambutan kemerdekaan.

Sambutan kemerdekaan ini bertujuan untuk melahirkan sifat cinta akan negara dalam jiwa rakyat. Dengan itu, negara kita akan menjadi negara yang aman dan damai.


Selain itu, perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia akan bertambah kukuh. Ini kerana perayaan ini disambut oleh semua rakyat jelata. Sejak, kebelakangan ini, mengibarkan jalur gemilang iaitu bendera Malaysia perkara biasa dirumah dan di atas kenderaan sudah menjadi kemegahaan rakyat kita.


Para hadirin sekalian, 


Suatu langkah yang diambil oleh pihak media massa seperti radio dan saluran televisyen perlu dipuji. Menjelang hari kemerdekaan, mereka menyiarkan pelbagai program khas. Ini akan menyemai sifat cinta akan negara dalam jiwa rakyat.


Sebelum mengakhiri syarahan saya, sukalah saya untuk mengatakan bahawa, Sambutan Kemerdekaan memang merapatkan; mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum.


Sekian, terima kasih.

KARYA 4 (Sivanesh a/l Raja Manickam)  
GOTONG-ROYONG MELAHIRKAN UNSUR PERPADUAN


Gotong-royong bermaksud sesuatu aktiviti masyarakat yang dijayakan dengan konsep kerjasama, tolong-menolong dan bermuafakat.


Amalan gotong royong dapat menyemai benih-benih perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Semua individu tanpa melihat pada warna kulit, agama, bangsa dapat berkumpul untuk menjayakan program ini. Maka, disini kita dapat melahirkan unsur perpaduan serta dapat  mencapai objektif program hari itu.  Pada zaman moden ini, penduduk bandar sibuk dengan tugas seharian sehingga jiran disebelah rumah pun tidak dikenali. Tetapi semangat gotong-royong dapat mengelakkan keadaan ini.


Kehidupan masyarakat akan bertambah sejahtera melalui amalan gotong royong. Ini adalah kerana sikap bertanggungjawab dan bertolak ansur dapat dipupuk melalui aktiviti ini. 


Gotong-royong juga dapat  menjimatkan masa dan wang. Apabila sekumpulan anggota masyarakat melakukan sesuatu kerja, kerja itu dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.


Sebagai kesimpulan, semangat gotong-royong harus dipupuk dalam setiap insan. Ini akan mewujudkan masyarakat yang lebih bertangghungjawab di hari muka.


KARYA 4 (Shalini a/p Selvam) 
USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM

Perpaduan kaum merupakan perkara asas baghi sesebuah negara yang aman, damai dan makmur.


Kaum terbesar di negara kita seperti Melayu, Cina dan India dapat menikmati kesejahteraan hidup kerana semua kaum itu sentiasa bersatu padu. Bahasa rasmi negara kita adalah bahasa Malaysia. Semua kaum dapat berinteraksi dan berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa ini. 


Semua kaum juga perlu bertoleransi apabila menghadapi sesuatu keadaan. Mereka harus menghormati kaum lain tanpa mementingkan kaum sendiri. Dengan iniperpaduan mudah tercapai.


Media massa seperti radio, televisyen dan surat khabar perlu memainkan peranan daam usaha memupuk perpaduan dalam kalangan  masyarakat kita. Cerita-cerita yang mengutarakan perpaduan kaum perlu disiarkan dalam program mereka. 


Akitivi-aktiviti kejiranan perlu diadakan, bukan sahaja di kampung tetapi juga dibandar. Aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong, hari keluarga, rumah terbuka dan sebagainya perlu diteruskan dan dijadikan sebagai cara hidup masyarakat kita.


Sekolah juga prlu memainkan peranan penting dalam usaha ini. Aktiviti Kokurikulum merupakan salah satu aktiviti yang boleh memupuk unsur perpaduan kaum. Guru-guru juga perlu memastikan bahawa setiap kumpulan yang mengambil bahagian mestilah merangkumi semua kaum. Dengan ini, kita dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan remaja kita.


Akhir kata, tanpa perpaduan negara kita tidak akan menuju kearah kemajuan. Oleh yang demikian, kita harus memberi kepentingan kepada perpaduan kaum.

KARYA 5 (Aqilah Nuramirah binti Burhanuddin) 
LANGKAH MENGEKALKAN PERPADUAN KAUM

Perpaduan merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian di sesebuah negara. Negara yang aman dan damai dapat menjamin kebahagiaan dan keselamatan rakyatnya. Negara yang mengamalkan perpaduan dapat mencapai kemajuan dengan mudah serta tidak mudah ditakluki kuasa asing. Antara cara mengekalkan perpaduan dalam sesebuah negara ialah dengan memupuk semangat partiotisme di kalangan rakyatnya.
     
Kita haruslah berbangga menjadi seorang rakyat Malaysia dan menyayangi negara kita. Kita perlu mengenali serta menghormati raja dan pemimpin negara kita kerana mereka yang berusaha mengekalka keamanan dan kesejahteraan negara. Usaha - usaha mereka untuk memajukan negara haruslah senantiasa disokong, bukannya dikritik. Perjuangan tokoh-tokoh negara seperti Tunku Abdul Rahman yang memainkan peranan yang penting dalam memperjuangkan kemerdekaan Negara haruslah diambil tahu dan dihargai. Tanpa pejuang seperti mereka, negara kita mungkin masih di tangan penjajah asing.
     
Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga harus dikanali dan dihormarti oleh setiap warganegara Malaysia. Bendera negara kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harus membenarkan bendera negara dipijak, dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang berkibar di tiang bendera tertinggi di dunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa menyanyikan lagu negaraku, menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh bersemangat. Kita juga harus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Sejarah negara kita juga turut amat membanggakan kerana kita memperolehi kemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan darah.

Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan negaranya. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara. Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatan yang tidak dapat dimaafkan. Kita harus menjaga dan mempertahankan maruah dan bangsa negara dengan bersedia berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara. Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara serta cara mengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, oleh itu kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.

Semangat kekitaan juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan di sesebuah negara. Semangat kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi antara masyarakat. Kita haruslah snaggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan fahan dami kesejahteraan hidup. Sifat bersatu-padu antara masyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk mewujudkan keharmonian dan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk bangsa atau kaum sendiri. Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama lain tanpa mengira kedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk semangat bermasyarakat antara kaum.

Sifat berdisiplin juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak. Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat meningkatkan reputasi negara. Kita haruslah berkelakuan sopan supaya tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadap atau kurang ajar. Seseorang rakyat juga haruslah mempertahankan serta menjunjung Perlembagaan Negara untuk mewujudkan keamanan dalam negara. Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan dipercayai oleh orang lain dan inikan membawa perpaduan antara rakyat.

Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan bersifat produktif untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan prestasi ekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari dalam mengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada setiap masa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau pembaharuan dalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu demi menghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk memajukan ekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi apa jua cabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan di kalangan rakyat.

Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam sesebuah Negara untuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan semua.